Sunday, August 23, 2009


Selamat menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Setiap amalan yang kita lakukan dibulan Ramadhan ini akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.


Bila berbuka puasa tu jangan makan banyak-banyak. Jangan membazir membeli makanan yang lepas itu dibuang sahaja. Beli ala kadar dan mengikut kemampuan diri.


Bagi yang tak yang tak berpuasa tu , insaf-insaflah. Ingat hidup didunia ini hanya sementara. Fikir-fikirlah sendiri.



Saturday, August 22, 2009

Permulaan Sebuah Perjalanan Hidup.




Assalammualaikum dan salam sejahtera buat sesiapa yang mengenali diri ini. Kini aku memulakan semula blog yang lama aku tinggalkan. Kini aku ingin berkongsi coretan perjalanan hidup aku untuk tatapan rakan-rakan yang mengenali diriku.

Aku sama seperti orang-orang lain yang punyai cita-cita dan harapan. Aku insan biasa yang tak punya ke apa-apa didunia ini. Hanya berbekalkan keyakinan dan doa-doa dari orang tersayang. Siapa aku ini...dari mana aku datang..dan kemana hala tuju. Semua ini akan ku ceritakan dari masa kesemasa.

Harapan aku agar cerita-cerita yang dipaparkan disini memberi satu fenomena untuk semua. Salam